DAP ‘Gila Talak’, Rayu Ahli PAS Sertai Bersih 5.0

PULAU PINANG – DAP terus merayu ahli-ahli Pas supaya turut serta dalam perhimpunan Bersih 5.0 yang akan diadakan pada 19 November ini.

 
Setiausaha Agungnya yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng berkata, pihak sebelum ini yang pernah menyokong Bersih diminta kembali semula untuk memperjuangkan pilihan raya umum yang bersih, petik Utusan.

 

 

“Meskipun berbeza ideologi politik, meskipun dulu kawan tetapi kini lawan, kita harap mereka balik menyokong Bersih,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Bersih 5.0 peringkat negeri di sini pagi ini.

 

 

Sebelum ini Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menegaskan parti itu tidak akan menyertai perhimpunan Bersih 5.0 selepas mengambil kira Bersih mempunyai objektif tersendiri yang tidak senada dengan parti tersebut.

 

 

Pas sebelum ini juga tidak menyertai Bersih 4.0 yang sekali gus menyaksikan penurunan mendadak jumlah peserta perhimpunan itu khususnya dalam kalangan orang Melayu sebaliknya lebih banyak disertai kaum Cina dan penyokong DAP.

 

 

Tindakan Pas tidak lagi terlibat dalam perhimpunan itu juga menyebabkan siri jelajah Bersih 5.0 yang diadakan di seluruh negara sehingga kini tidak mendapat sambutan.

 

 

Malah siri jelajah perhimpunan itu yang diadakan di Bukit Mertajam dan Nibong Tebal di sini semalam, hanya disertai kira-kira 50 orang meskipun diadakan di negeri pembangkang serta di kubu kuat DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.