Beri Bayi Makan Kacang, Buah Oleh Ibu

PENNSYLVANIA –  Seorang ibu yang dikenali sebagai Elizabeth hawk hanya memberi makan bayinya buah-buahan dan kacang hanya gara-gara kerana beliau seorang vegatarian.

 

Bayi yang baru berusia 11 bulan dikejarkan ke hospital setelah disahkan tidak mendapat zat makanan yang mencukupi.

 

Bekas suami Elizabeth bimbang keadaan anak mereka yang mengalami ruam teruk di kepala hingga kaki dan mengesyaki ia adalah disebabkan diet ketat yang diberikan kepada kanak-kanak itu.

 

Menurut pihak polis, bayi tersebut tidak diberi zat makanan yang mencukupi untuk proses pembesarannya.

 

Dalam pada itu, menurut majalah people, ibu tersebut begitu taksub dengan diet vegatarian yang diamalkan.

 

Bapa bayi itu, Jerry Hawk,44 membawa kanak-kanak itu kepada organisai Perkhidmatan Kanak-kanak dan Remaja untuk memeriksa ruam yang dialami kanak-kanak itu.

 

beliau memberitahu pegawai kebajikan kanak-kanak bahawa sebelum ini dia telah memberi krim untuk merawat ruam, namun bekas isterinya yang berusia 33 tahun itu enggan menggunakannya.

 

Sementara itu, pakar pemakanan yang memeriksa kanak-kanak itu berkata, bayi itu berisiko menghadapi kejutan septik kerana ruam menggambarkan tahap kanak-kanak itu yang tidak selesa dan menyifatkan keengganan wanit tersebut merawat ruam itu sebagai “tidak berperikemanusiaan”.

 

Dalam pada itu, bayi tersebut didakwa tidak boleh merangkak dan lambat berkembang gara-gara tidak mempunyai zat yang mencukupi.

 

 

Elizabeth didakwa membahayakan kebajikan kanak-kanak selepas penyiasat berkata, dia didakwa gagal memberikan anaknya yang berusia 11 bulan itu makanan yang mencukupi untuk tumbesaran serta gagal memohon rawatan kulit yang ditetapkan untuk merawat ruam.

 

 

Wanita itu juga didakwa  Elizabeth dibebaskan dan pendengaran kes awal dijadualkan belangsung pada 14 November 2016 dan bayi lelaki itu dijaga oleh bapanya bersama dua beradik yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!