Azwan Ali Sindir KJ, Berhenti Jadi Menteri Kalau Nak Glamor

KUALA LUMPUR – Selebriti sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan jolokan nama DivaAA sekali lagi tampil dengan kenyataan sinis yang ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan Negara, Khairy Jamaluddin.

 

Menurutnya, KJ hanya menggunakan kedudukan untuk mencari publisiti dengan memuat naik gambarnya bersama ikon-ikon sukan negara.

 

“#Carutanzterpaksa perlu ke fine wira-wira sukan negara? So stop using attention people into glamor world, please la #notmylevel.

 

“Agak-agak la, mentang-mentang ko rasa ko ada hak!” kata Azwan dalam satu muat naik status di akaun di Instagram miliknya.

 

Ekoran itu Azwan menyindir KJ dengan mencadangkan agar Ketua Pemuda Pergerakan UMNO itu berhenti dari kabinet dan menjadi ‘model’.

 

“If ko rasa ko dah glamor sgt, quit kabinet dan jadi top model sangat,” ujarnya.

 

Muat naik status berkenaan nyata menarik minat netizen khususnya penyokong tegar DivaAA.

 

“For me KJ tu patut berdiri dibelakang biar wira-wira negara yanf di hadapan, ni nak menyemak depan kamera,” kata mariahot84.

 

“Sokong Diva AA, kita yang marhaen yang tengok sikap dan tingkah laku mereka yang di atas tak boleh cakap banyak, tapi respect dengan diva perjuangkan nasib rakyat,” ujar efie_cha.

 

“Syok sendiri punya pak menteri!” kata fendi_ahmad. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.