Tarikh Siri Jelajah Superlawak FC Di Likas Tunda

Kuala Lumpur – Siri Jelajah Superlawak FC yang sepatutnya berlangsung Ahad ini di Stadium Likas, Sabah terpaksa ditunda ke 2 November depan berikutan faktor cuaca semasa.

Perubahan cuaca menyebabkan Bandar Likas mengalami hujan lebat hampir setiap hari dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Berikutan itu, Sony Music Entertainment dan Rumah Artis Management terpaksa mengambil keputusan untuk menunda Siri Jelajah Superlawak FC di Sabah itu.

Tiket masih dijual pada harga RM10 untuk dewasa dan percuma bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.

Tiket juga akan dijual pintu masuk stadium bermula jam 4 petang dan stadium akan dibuka tepat jam 5 petang. Acara akan bermula jam 6.45 petang dengan sesi memanaskan badan oleh kedua-dua pihak.

Perlawanan antara Superlawak FC dan Lagenda Veteran Sabah akan bermula 8.15 malam.

Antara selebriti yang bersama kumpulan Superlawak FC ialah Datuk AC Mizal, Along Cham, Akim, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.