Saya Ada Ebola! – Penumpang Pesawat

Philadelphia – Seorang penumpang dalam pesawat mencetuskan panik selepas menjerit “Saya ada Ebola!” ketika penerbangan.

Lelaki yang tidak dikenali dari Amerika Utara itu sedang dalam perjalanan dari Philadelphia, Amerika Syarikat, ke Punta Cana, Republik Dominican, ketika dia ‘mendedahkan’ perkara itu.

Media tempatan melaporkan bahawa lelaki itu menjerit “Saya ada Ebola!”, manakala pegawai-pegawai di lapangan terbang memberitahu FOX bahawa lelaki itu telah memberitahu bahawa “Saya baru sahaja pergi ke Afrika!”, tetapi rekod perjalanan tidak menunjukkan bahawa dia pernah pergi ke Afrika.

Selepas penerbangan 845 US Airways mendarat di pulau Caribbean dia segera dikeluarkan dari pesawat oleh kakitangan kecemasan yang telah lengkap memakai sut Hazmat biru.

Lelaki itu telah dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan yang merupakan polisi penerbangan dan kemudiannya akan dihantar ke AS untuk pemeriksaan sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.