Udang galah viral selamat dimakan

SHAH ALAM – Sebelum ini tular di media sosial dakwaan tentang udang galah semakin berlambak dijual dalam negara daripada Thailand tidak selamat untuk dimakan.

Netizen di Facebook majoriti mengatakan 

 udang galah itu boleh menyebabkan individu yang memakannya mengalami kegatalan, badan bengkak, hidung bengkak, mata berair, cirit birit dan muntah.

Namun,  Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) setelah membuat analisis mengesahkan udang yang kini  berada di pasaran selamat di makan dan mematuhi Akta Makanan 1983 serta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk berkenaan dan produk makanan lain di pasaran termasuk di pintu masuk negara bagi memastikan ia mematuhi perundangan makanan.

“Seksyen 13, Akta Makanan 1983 menetapkan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan satu kesalahan.

“Apabila disabitkan, merek boleh denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.