Beli Beg Berjenama Secara Online Dapat Botol Air Kung Fu Panda

Penipuan di talian bukan perkara baru lagi kerana ia berlaku di mana-mana saja sama ada membabitkan soal hubungan antara lelaki dan wanita atau tidak mendapat apa ditempah sebaliknya menerima barangan palsu atau murah.

Terbaru, sebuah portal akhbar Thai melaporkan, seorang wanita membuat aduan kepada polis selepas menerima dua botol air minuman sedangkan dia menempah beg tangan melalui talian (online).

Mangsa membawa bukti tempahan termasuk resit urus niaga talian, butir-butir perbualan dengan penjual dan satu video ke balai polis Muang semalam sebagai bahan sokongan aduan ke atas penjual.

Katanya, dia menempah beg tangan terpakai Celine pada Selasa lalu selepas gambar produk itu disiarkan di Instagram penjual, lapor Bangkok Post.

Dia membayar 37,000 baht (RM4,673) untuk tempahan itu selepas mendapat diskaun 3,000 baht (RM378) dan membuat pindahan wang ke nombor akaun penjual pada hari yang sama.

“Saya buat keputusan buat pindahan wang dengan cepat kerana tahu ramai orang mahu membeli produk berjemana,” katanya.

Selepas membuat bayaran itu, dia diberitahu bahawa beg itu akan dihantar ke alamatnya dan diberi kod bungkusan ejen penghantar surat.

Bagaimanapun, mangsa mengesyaki ada sesuatu tidak kena selepas tidak dapat menghubungi penjual sehari kemudian dan mendapati akaun penjual dibekukan.

Apabila memeriksa dengan firma penghantar surat, dia diberitahu barangan tempahan itu dalam perjalanan dari Chiang Mai.

Apabila bungkusan sampai, mangsa meminta seseorang merakamnya membuka bungkusan yang didapati mengandungi dua botol air Kung Fu Panda. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.