Ahli Keluarga dan NGO Bantah Penahanan Dua Anak Tiri CEO Cradle Fund

PETALING JAYA – Hampir 20 orang ahli keluarga dan kenalan rapat dua anak tiri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, berkumpul di Mahkamah Petaling Jaya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung penahanan remaja terbabit.

Jurucakap kumpulan itu, aktivis kanak-kanak daripada badan bukan kerajaan (NGO) Voice of Children, Hartini Zainuddin, berkata tindakan menggari dua remaja itu bertentangan dengan kod yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi layanan terhadap tahanan di bawah umur.

“Tindakan ini umpama memalukan mereka, saya berada di sini kerana saya diberitahu ada berlaku pelanggaran kod untuk kanak-kanak.

“UNICEF mencadangkan 12 tahun lalu supaya remaja tidak perlu digari dan dipakaikan pakaian lokap,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Semalam, dua anak tiri Nazrin yang berusia 16 dan 14 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata permohonan reman terhadap remaja berusia 16 dan 14 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.