Adakah PKR Kini Jadi Kongsi Gelap, Soal Tian Chua Kepada Rafizi

PETALING JAYA – Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini mempersoalkan kenyataan calon timbalan presiden, Rafizi Ramli berhubung keputusan penting hanya dibincangkan antara beberapa pemimpin dalam parti itu.

Katanya, kenyataan bekas ahli Parlimen Pandan itu semalam tidak sama dengan tindakannya sebelum ini yang sering bercakap mengenai ketelusan dan keterbukaan.

“Sebelum ini, anda sering bercakap mengenai keterbukaan, ketelusan dan kebenaran; sekarang ia adalah okey untuk mendakwa hanya beberapa orang tertentu boleh membuat keputusan penting untuk parti tanpa berunding dengan pimpinan lain.

“Adakah ini sebuah parti demokratik atau kongsi gelap?” soalnya menerusi Twitter.

Hari ini, Rafizi dilaporkan berkata, perbincangan mengenai pengosongan kerusi Parlimen untuk Anwar hanya diadakan antara bekas ketua pembangkang itu bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dirinya dan beberapa pemimpin lain.

Katanya, memang dari segi operasi dan kempen PKR selama ini, hanya mereka yang lebih rapat terlibat.

“Saya tidak akan sebut sesuatu yang melibatkan Datuk Seri Anwar dan Wan Azizah tanpa persetujuan mereka.

“Cuma ada keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua dan hanya dilakukan dengan beberapa orang dalam kalangan kami,” katanya selepas Program Jelajah Reformasi 20 tahun di Kuantan, malam tadi.

Tian Chua sebelum ini menyelar Rafizi yang disifatkan mendahului Azizah apabila mengumumkan satu kerusi Parlimen akan dikosongkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Anwar memasuki Parlimen dan menjadi perdana menteri ke-8.

Bekas ahli Parlimen Batu itu mempertikaikan tindakan berkenaan yang didakwa dilakukan tersorok dan tidak diketahui pimpinan parti. – FMT

One thought on “Adakah PKR Kini Jadi Kongsi Gelap, Soal Tian Chua Kepada Rafizi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.