Video : Gadis Solat Tanpa Tertib Jadi Tular

Seorang gadis solat tanpa tertib jadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna akaun laman mikro Twitter, video itu memperlihatkan gadis tersebut bersolat dengan sangat cepat.

Rakaman itu turut memperlihatkan gadis tersebut tidak membaca al fatihah dan gerakannya dalam solat memperlihatkan ritual pengibadahan itu dilakukan dengan sangat cepat dan tidak sempurna.

Sebagai seorang Islam, gadis tersebut dinasihatkan agar menyempurnakan solatnya agar melengkapkan rukun Islam tersebut.

Malah, kebanyakan netizen yang melihat video yang dimuat naik itu turut menyelar perbuatan gadis itu.

“Ada juga orang solat macam ni,”kata ubai.

Faezah menulis, “Dah macam keretapi solatnya entah baca ke tidak fatihah tu”.

“Kut ye pun nak cepat janganla sampai solat macam tu tak de tertib langsung dengan Allah,”jelas Aisyah.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan dimana perkara itu berlaku dan bila tarikh video itu diambil.-SuaraTV

One thought on “Video : Gadis Solat Tanpa Tertib Jadi Tular

  • September 10, 2017 at 6:44 pm
    Permalink

    saki baki pengikut ayah pin kot…????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!