Video : Agong Titah Dialek Kelantan Jadi Tular

Satu video yang merakamkan Yang Di-Pertua Agong ke-15 Sultan Muhammad V, ketika memberi Titah Diraja Semperna Hari Keputeraan Baginda menjadi tular apabila baginda berdialek Kelantan ketika menyampaikan titah berkenaan.

Video yang sedang bersiaran langsung di RTM itu
Diiringi sedikit deraian ketawa malah, orang ramai turut kagum dengan YDP Agong yang tidak begitu mementingkan protokol.

“Beta berdoa agar rakyat dan negeri terus sejahtera, maju dan makmur.

“Baru ni balik kelate, lamo, duduk seminggu, pelek sikit kecek (Baru-baru ni balik Kelantan lama, duduk seminggu, pelat sikit cakap)”. titah baginda.

Sultan Muhammad V sememangnya terkenal sebagai seorang raja yang tidak mementingkan protokol dan sifat baginda yang merendah diri itu sentiasa membuatkan rakyat berasa dekat dan disayangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.