Rohingya: Sabar Kita Ada Had Kata Hadi

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perlakuan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar adalah di luar batas kemanusiaan.

Menurutnya, seluruh dunia mengetahui kekejaman yang mengorbankan manusia di negara itu sehingga ramai terpaksa menjadi pelarian dan mangsa korban di darat dan lautan, lapor Sinar.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh memejamkan mata dari segi kemanusiaan untuk bertindak terhadap rejim yang terkurung dalam negerinya itu dan melakukan apa sahaja tanpa peduli terhadap kutukan dunia luar terhadapnya.

“Masyarakat antarabangsa mengetahui betapa aspek agama memainkan peranan terhadap kekejaman yang berlaku sehingga melibatkan sokongan sami dikatakan juga menyalahi ajaran agamanya sendiri menentang keganasan,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa juga perlu menyedari bahawa Islam mengajar erti kemanusiaan dan persaudaraan secara khusus dalam kalangan umat Islam sesama penganutnya seperti satu jasad.

Menurutnya, perlu diketahui bahawa di sekeliling negara yang zalim dan kejam itu sangat dekat dengan jumlah umat Islam yang besar sehingga mencecah setengah bilion.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengambil tindakan berkesan lebih awal bukan dan bukan hanya resolusi dan lawatan yang tidak dihormati.

“Mereka hendaklah sedar kesabaran umat Islam ada batasnya. Walaupun negaranya tidak mampu bertindak, jangan sampai adanya tindakan bersendirian yang tidak boleh dikawal lagi dan jangan Islam pula yang disalahkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.