Pasar Besar Seremban Kebakaran

PASAR Besar Seremban di Jalan Tun Dr Ismail, dekat Pusat Bandar Seremban, terbakar malam ini.

Kebakaran yang berlaku jam 7.30 malam itu membabitkan tingkat atas bangunan dua tingkat berkenaan yang menempatkan kedai menjual makanan, pakaian, bunga dan lain-lain.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.36 malam dan enam jentera dengan kekuatan 30 pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tingkat bawah bangunan dan sehingga jam 8.30 malam kerja memadamkan kebakaran masih dijalankan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak dapat memastikan lagi sama ada terdapat mangsa yang terperangkap atau tiada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.