Kereta Penerbit Filem Dipecah, Barang Dan Wang Berharga RM50,000 Lesap

Penerbit filem Pencil Pictures & Records, Datuk Normashayu Puteh atau lebih mesra dengan nama Datuk Ayu Puteh telah melalui insiden yang tidak diingini malam tadi, petik MH.

Menerusi perkongsian di Instagram, dia memberi tahu bahawa keretanya telah dipecahkan dan barang serta duit dalam keretanya itu telah dicuri.

“KERETA KENA PECAH LAGI!!! Barang dan Cash Berharga 50K Di Curi Dari kereta Saya!

“Di Istana Kehakiman Putrajaya #merdekaridefestival2017 #mrf2017,” tulis kapsyen pada perkongsiannya itu.

Rata-rata pengikutnya telah meninggalkan komen syukur kerana Ayu selamat dalam kejadian tersebut dan ada juga yang turut menasihati agar tidak menyimpan wang atau barang berharga di dalam kenderaan.

wanienueva menulis, “How come cash banyak cmtu tinggal dlm kereta”

“Janganlah simpan brg berharga dalam kereta,”mizi21

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.