Kadi Daerah Baca Doa Dalam Laut Ketika Menyelam Bersama Sultan Johor

MERSING ― Seorang kadi daerah membaca doa di dasar Taman Laut Sultan Iskandar ketika menyelam bersama  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Mohd Zaini Mohd Salleh berlatih membaca doa itu sejak Mei lalu bagi upacara menyempurnakan peletakan tukun tiruan replika bangunan Sultan Ibrahim seberat 165 tan.

Peletakan tukun itu bersempena majlis pra-pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di Pulau Mensirip, di taman laut itu, lapor Sinar Harian.

Mohd Zaini bersyukur acara itu berjalan lancar dan mengakui berdoa di darat berbeza dengan membaca di dasar laut.

“Perbezaan baca di darat dan laut adalah kita guna alat pernafsan, itu menghalang kelancaran kerana membaca atas darat tiada halangan, hanya seperti biasa.

“Tetapi di dalam laut saya hanya guna lidah sahaja,” katanya, yang mempunyai lesen skuba, selepas Majlis Perasmian Bangunan Mersing Harbour Centre di sini. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.