Faizal Hussin Cabar Diri Jadi Pengacara

Faizal Hussein terkenal sebagai pelakon yang berkaliber menerusi pelbagai karakter yang pernah dijayakan baik di TV mahupun filem.

Terbaru, Faizal mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini iaitu mengambil cabaran bergelar pengacara menerusi program terbaru terbitan RTM, Jejak Rezeki yang bakal disiarkan mulai 17 September ini, setiap Ahad, 3.05 petang, petik MH.

Menerusi program 13 episod ini, Faizal akan menjejaki kehidupan mereka yang memerah keringat dan membanting tulang namun sering dipandang rendah meski pun mereka turut memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat.

Dalam setiap episod, Faizal akan mengikuti pekerja tersebut meninjau dan menyelami proses serta cabaran setiap pekerjaan dari awal sehingga mendapat hasilnya.

Malah dalam masa yang sama, mereka turut berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang berkecimpung dalam pekerjaan yang sesetengah daripadanya telah menjadi pekerjaan turun temurun.

Meski pun baru pertama kali mengendalikan tugasan sebagai pengacara, Faizal ternyata dapat melakukan tugasnya dengan begitu baik menerusi interaksi menarik yang dibuat ketika menemu bual setiap mereka yang terlibat dalam paparan program Jejak Rezeki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.