Cantiknya Ratu Catur Dunia Ini

Seorang pemain catur yang berasal dari Kanada, Alexandra Botez, menjadi sensasi di media sosial kerana memiliki wajah yang cantik.

Gadis berusia 20 tahun itu disifatkan netizen sebagai pemain catur tercantik di dunia. Dia diperkenalkan dengan catur oleh bapanya sejak berusia enam tahun lagi.

Botez dibesarkan di Kanada dan pernah bermain catur untuk pasukan kebangsaan negara itu.

Pada usia 17 tahun, dia telah menjadi juara catur wanita di Kanada sebanyak lima kali.

Selepas memenangi pertandingan catur di Amerika Syarikat ketika berusia 15 tahun, Botez telah menerima biasiswa penuh ke University of Texas, Dallas, untuk jurusan catur.

Namun selepas membuat pertimbangan, dia memilih Universiti Stanford dan mengambil jurusan hubungan antarabangsa.

“Saya meutuskan catur bukanlah sesuatu yang saya ingin lakukan tetapi lebih banyak lagi dan saya selalu tertarik dengan pelajaran sekolah dan akademik yang lain,” katanya.

Botez baru saja lulus dari Standford Jun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.