Bayi Berusia Sebulan Mempunyai Tujuh Batang Gigi Terkeluar

NEW DELHI – Pelik tapi benar. Seorang bayi yang baru berusia sebulan di Gujarat telah mempunyai sebanyak tujuh batang gigi.

Menurut laporan media di India, gigi itu dikatakan telah tumbuh selepas beberapa hari bayi itu dilahirkan.

Setelah mengetahui tentang hal itu, ibubapa bayi itu terpaksa membawanya merujuk kepada pakar kanak-kanak.

Namun, kesemua gigi yang tumbuh itu terpaksa dibuang oleh sekumpulan doktor di Gujarat kerana dia mengalami kesukaran untuk menyusu badan.

“Bayi itu semakin baik sekarang,” kata pakar pergigian, Dr. Meet Ramatri yang mengetuai pembedahan tersebut.

Proses penganggalan gigi itu dilakukan secara dua peringkat. Pada peringkat pertama, sebanyak empat batang gigi dibuang dan pada peringkat kedua, baki tiga batang lagi telah berjaya dibuang.

Setelah proses pembuangan gigi itu berjaya, pihak doktor yang terlibat telah menemui tisu putih yang berada dalam mulut bayi itu dan merujukkannya kepada pakar.

“Selepas diperiksa saya menemui dia mempunyai tujuh batang gigi. Kadang-kadang kita akan menemui tanda ada gigi pada bayi baru lahir tetapi ia tidak tumbuh.

“Tetapi dalam kes ini giginya betul-betul keluar,” kata Dr. Ramatri yang merawat bayi itu yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Tambahnya lagi, ia merupakan proses biologikal yang normal dan pernah berlaku sebelum ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.