Azharina Azhar Kongsi Sebab Mengapa Sukar Kurus

KUALA LUMPUR – Sering ditanya mengenai tubuhnya yang agak berisi penyanyi Azharina Azhar akhirnya menjelaskan pengambilan ubat adalah punca mengapa dia tidak mampu menurunkan berat badan.

 

Azharina Azhar ketika menjayakan Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa anjuran Kumpulan Utusan, Univerisiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Penerangan, Jumaat lalu.

Enggan menjelaskan jenis masalah kesihatan yang dialaminya, kata penyanyi itu, ketika ini dia masih bergantung kepada ubat-ubatan untuk memastikan penyakitnya itu segera sembuh.

 

“Saya sudah mengambil ubat ubatan ini sejak hampir setahun lalu, sebab itu apabila ada yang tanya mengapa saya tidak cuba kurangkan berat badan, sukar untuk saya kongsi sebabnya.

“Ketika ini saya masih menunggu laporan doktor saya untuk menjelaskan tentang kondisi penyakit yang saya hadapi,” katanya ketika ditemui pada majlis Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dekat sini, Jumaat lalu.

Sementara itu juara Gegar Vaganza musim yang ketiga itu juga memberitahu, dia ketika ini dia sedang sibuk mempromosikan lagu duetnya dengan penyanyi Indonesia, Rizal Badilah berjudul Seribu Cinta.

“Lagu ini adalah lagu tema untuk sebuah filem Indonesia. Peminat sebenarnya sudah boleh menikmati lagu ini di YouTube,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.