Angelina Tidak Sanggup Hidup Solo

Walaupun Angelina Jolie kelihatan gigih meneruskan kehidupan selepas perceraiannya dengan aktor Brad Pitt, ironinya dia juga melalui nasib sama seperti wanita lain selepas berpisah dengan suami.

Menerusi temu bual bersama portal Telegraph, ibu kepada enam orang anak itu menceritakan detik-detik sukar yang dilalui selama menjanda, lapor Kosmo.

“Kadangkala mungkin saya kelihatan okey, tetapi sebenarnya saya terpaksa berusaha bersungguh-sungguh untuk meneruskan hidup. Saya tidak suka menjadi solo. Ini bukan sesuatu yang saya mahukan. Tiada baiknya sebaliknya hidup lebih sukar,” luah Jolie.

Selain masalah rumah tangganya, Jolie juga masih menghadapi masalah kesihatan.

“Sejujurnya, ini adalah tahun yang cukup sukar untuk saya. Saya juga harus memantau kesihatan terhadap kanser saya. Ibaratnya diri saya dipukul, tetapi saya cuba untuk ketawa sebaik mungkin,” ulasnya lagi.

Pada masa sama, aktres 42 tahun itu juga menyibukkan dirinya dengan bekerja. Selain filem First They Killed My father, Jolie juga secara rasmi bakal kembali dalam filem Maleficent 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.