Video: Malaysia Sertai Kejohanan Perlumbaan Lasak Euro Norcha

KUALA LUMPUR – Buat Julung kalinya Malaysia akan bertanding di Kejohanan Siri Perlumbaan Lasak Euro Norcha yang akan berlangsung di Alta Tamega Portugal.

 

Pasukan Malaysia yang dikenali sebagai KE7B SNR Malaysia ini terdiri dari 4 orang ahli pasukan iaitu Suhaimi Mohammdin (Ketua pasukan), Mohd Shukri Hj Sulaiman, Lauren Lauridson Adrian dan Stephanie Chok.

 

Menurut Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof, penyertaan kali ini merupakan pengalaman pertama mereka menyertai kejohanan sukan lasak dan mereka akan melakukan yang terbaik demi maruah negara dan masa depan sukan lasak di Malaysia.

 

“Ini pengalaman baru buat kami, tapi insyaallah sebagi sebuah kelab yang banyak terlibat dengan aktiviti lasak sama ada di dalam dan di luar negara kita akan cuba yang terbaik untuk bantu.

 

“Ini melibatkan maruah kita dan ini melibatkan masa depan kita, walaupun kita tidak meletakkan apa-apa sasaran, tetapi mereka ini perintis penting untuk sukan lasak negara kita dan insyaallah mereka akan melatih generasi baru untuk melakar kejayaan yang lebih baik di masa hadapan,” katanya ketika sidang media di Centrio Pantai Hillpark tadi.

 

Kejohanan ini berformatkan ‘Expedition racing’ yang mengambil masa selama 72 jam dan melibatkan 6 disiplin iaitu Kayak Laut, Basikal Bukit, Navigasi, SUP (Stand UP Paddle), Rentas Tali dan berenang.

 

Dalam pada itu, Malaysia telah dijemput secara rasmi oleh Adventure Racing Euro Series pada tahun lalu di atas pengiktirafan mereka kepada SNR adventure consultant yang merupakan penganjur sukan adventure racing di Malaysia.

 

Majlis Pelancaran pasukan kelab KE7B SNR Malaysia telah disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Perak, Dato’ Shahrul Yahya.

 

Kejohanan ini akan berlangsung selama 6 hari iaitu dari 22 september sehingga 27 september.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.