Saya Tak Mahu Lawan Amerika, Tak Pernah Gelar Obama Anak Haram – Duterte

VIENTIANE – Presiden Filipina Rodrigo Duterte memaklumkan bahawa beliau tidak pernah menggelarnya ‘anak haram’ kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

 

 

Memetik laporan Reuters, Obama membatalkan janji temu yang diatur bersama Duterte pada persidangan Asean di Laos minggu ini selepas pemimpin Filipina itu mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Tagalog.

 

 

Sewaktu lawatan ke Indonesia Jumaat lalu, Duterte memberitahu sekumpulan rakyat Filipina bahawa kecaman itu tidak ditujukan kepada presiden Amerika Syarikat.

 

 

“Saya sudah bersedia (bertemu Obama). Saya menunggu respons daripada Obama. Peguam dengan peguam, lagipun kami bukan peguam. Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan. Sila periksa. Saya ada berkata begitu namun tiada kaitan dengan Obama.”

 

 

“Saya tidak mahu melawan Amerika,” kata Duterte.

 

 

Obama dan Duterte berjabat tangan dan berbual seketika pada Rabu, dan sumber mengatakan ketegangan kian reda di antara mereka.

 

 

Duterte dilaporkan berang pada Isnin ketika mempertahankan pendirian beliau memerangi dadah yang mengakibatkan hampir 2,400 rakyat Filipina terbunuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.