Pengguna Twitter turut mewujudkan hashtag #cou­rage merujuk kepada ke­nyataan Apple kerana berani (courage) menghasilkan inovasi baharu model iPhone.

 

Mail Online melaporkan, pengguna tidak berpuas hati dengan rekaan fon telinga tanpa wayar atau AirPod kerana perlu dicas, mudah tertanggal serta hilang.

 

Alat itu juga agak mahal untuk diganti iaitu sekitar AS$159 (RM699) sepasang.

 

Seorang pengguna bernama Chris Megerian berkata di Twitter, ‘Memperkenalkan fon telinga Apple yang lebih mahal, senang hilang dan perlu dicas setiap beberapa jam’.

 

Seorang lagi pengguna, Leanne Manas pula menganggap fon telinga itu sudah hilang sejurus membelinya dan mengucapkan ‘selamat berjaya’ kepada krew kabin yang terpaksa mencari alat itu jika penumpang menjatuhkannya di dalam pesawat.

 

Pengguna, KennedyNL agak sarkastik apabila meng­edit sekeping gambar yang membayangkan iPhone 8 akan dihasilkan tanpa skrin, butang ‘home’ dan kamera.

 

Namun demikian, ada juga penggemar memuji rekaan ‘berani’ Apple yang pada me­reka sangat menarik dan canggih.

 

IPhone7 akan berada di pasaran di seluruh dunia secara berperingkat bermula 16 September ini.-Agensi