Nazim, Bella Sah Bergelar Suami Isteri

KOTA KINABALU – Pelakon Nazim Othman dan Bella Daily, selamat diijabkabul sebagai pasangan suami isteri dalam majlis akad nikah yang diadakan Hotel Promenade Kota Kinabalu di sini pagi tadi.

 
Dengan sekali lafaz, Nazim atau nama sebenarnya Nushul Alif Othman, 32, kini sah bergelar suami kepada Nabilah Ali Dally, 25.

 

Majlis akad nikah itu disempurnakan Pegawai Agama Istana Negeri, Ustaz Imran Angun dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai.

 

Nazim yang kini popular menerusi drama Lara Aishah di Astro Prima menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Bella selain kedua-dua mempelai berbalas sembilan dan tujuh dulang hantaran.

 

Pada majlis penuh sederhana itu, Nazim mengenakan busana pengantin rekaan Rizman Ruzaini manakala Bella anggun dengan rekaan ciptaan Tengku Syahmi. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.