Zahid Nasihat Wartawan Maya Jangan Putar Belit Isu

Kuala Lumpur – Wartawan di negara ini terutamanya media bukan arus perdana diingatkan supaya tidak memutarbelit sesuatu isu yang boleh menghuru-harakan negara.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang wartawan di Malaysia, mereka tidak boleh menulis sesuatu berita itu menggunakan kaedah barat.

 

Katanya, pengamal media juga perlu bertindak dengan pendekatan kefahaman untuk membina, positif serta bermaruah berdasarkan panduan dan kebijaksanaan tempatan serta berjiwa negara.

 

“Kebebasan mesti diiringi dengan tanggungjawab.

 

“…. Saya berharap para wartawan di Malaysia sentiasa melihat sesuatu isu kebebasan ini secara komprehensif, adil dan mengambil kira kepentingan umum dan bukan dari sudut sensasi semata-mata,” ketikanya berucap pada majlis penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Hadiah Kewartawanan Malaysoa MPI-Petronas 2014 pada Khamis.

 

Katanya, walaupun media mempunyai matlamat yang berbeza, isu yang boleh membuka aib orang seharusnya dielakkan

 

“Kalau seseorang itu sangup mengaibkan orang lain, mereka juga perlu bersedia untuk diaibkan,” katanya.

 

Katanya wartawan media maya juga diingatkan agar mencontohi media arus perdana dari segi tertib menjaga etika kewartawanan dalam membuat liputan dan menerbitkan laporan.

 

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengingatkan wartawan agar tidak menjadi kering jiwa dan tidak nasionalistik dalam penghasilan kerja mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.