Video: Sokong Bersih, Fikiran Dr Mahathir Dijajah Pembangkang

Kuala Lumpur – Pemikiran bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamed sudah dijajah pembangkang kerana menyertai perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu, kata Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos.

 

Beliau antara yang menyokong himpunan Baju Merah 16 September ini – berkata pemikiran orang Melayu turut dijajah ekoran perhimpunan BERSIH yang majoritinya dihadiri kaum Cina.

 

 

“Kehadiran (Sebanyak) 90 peratus yang hadir dalam BERSIH itu adalah dari kaum Cina DAP, manakala baki peserta sebanyak 10 peratus yang hadir disebabkan pemikiran mereka telah dijajah termasuk Dr mahathir.

 

“Tun Mahatir datang pada hari itu hanya untuk ambil kesempatan atas populariti haram EBrish 4, untuk tunjuk reaksi terhadap rasa tidak puas hati terhadap Datuk Najib,” katanya dalam sidang media di Kelab Raja Sulaiman Kampung Baru, pada Khamis.

 

Beliau turut menyifatkan tindakan Dr Mahathir itu seperti perumpaan ‘sanggup membakar kelambu kerana marahkan nyamuk’ hanya demi untuk memenuhi kepentingan peribadinya.

 

“Dia mahu ada sesuatu benda yang dia nak, sebab itu dia hadir BERSIH.

 

“Dia akan lakukan apa sahaja asalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat digulingkan. Itu cara psikologi Tun Mahathir,” katanya lagi.

 

Sementara itu Jamal berkata perhimpunan itu tetap akan diteruskan sekiranya tidak mendapat permit.

“Soal polis tak bagi, itu terpulang pada mereka tapi kita tetap akan turun kerana ingin menyambut hari Malaysia.

 

“Kita bersetuju pada 16 September ini (kerana ia) Hari Malaysia,” katanya yang menambah perhimpunan itu dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka).

Jamal menjangkakan 100,000 akan turun ke perhimpunan tersebut dan 30,000 daripadanya terdiri daripada ahli gabunagn NGO Melayu.

 

Perhimpunan itu akan bermula pada jam 11 pagi sehingga 12 malam dan akan bermula dari Bukit Bintang melalui ke Petaling Street dan berakhir di Padang Merbok.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.