Ahli Parlimen DAP Jangan Jadi Kebudak-Budakan, Kata Azmin Ali

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali membidas Ahli Parlimen DAP dari Kulai Jaya, Teo Nie Tweeter Azmin Ali - Nie Ching TeoChing dan menyifatkannya sebagai kebudak-budakan.

 

Perkara itu terjadi apabila Nie Ching menulis di twitternya adakah Azmin mencari rakan politiknya dengan menyertakan pautan berita daripada The Malaysia Insider berkenaan kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas tidak menolak kemungkinan menyertai himpunan ‘baju merah’ pada 16 September ini.

 

“Jangan terlalu kebudak-budakan! KEADILAN sentiasa menjadi penggerak utama untuk mengukuhkan gabungan itu untuk menghadapi UMNO dan BN,” tulis Azmin ditwitternya lewat malam tadi.

 

Menteri Besar Selangor berkata, PKR sentiasa menjadi penggerak utama untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat bagi berhadapan dengan UMNO dan BN.

 

Azmin dan pimpinan DAP tidak sependapat dalam isu penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

 

Ini berikutan, Azmin bertegas mahukan Pas menyertai Pakatan Rakyat 2.0 tetapi tidak disenangi DAP dan sebahagian pemimpin PKR yang tidak sehaluan dengan Azmin. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.