Aduan Terhadap Surau Bersifat Kurang Ajar

Kuala Lumpur – Biro Agama UMNO Selangor menyifatkan tindakan seorang wanita yang membuat aduan terhadap sebuah surau di taman perumahan Juru, Pulau Pinang sebagai kurang ajar.

 

Melalui salinan surat yang dimuatnaik di laman Facebook tersebut, tindakan wanita itu tidak sepatutnya berlaku kerana menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan Melayu di negara ini.

 

“Lihatlah kebiadapan dan keberanian mereka semakin menjadi-jadi. Sudah sampai masanya umat Islam bersatu tunjukkan kekuatan dan maruah kita. Kita ajar mereka yang kurang ajar,” ujar status yang dimuatnaik oleh pengendali laman tersebut.

 

Menerusi surat aduan yang di hantar kepada Adun Padang Kota itu, wanita tersebut menyenaraikan lima aduan berhubung surau tersebut sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan.

 

Antara aduan itu suara pembesar surau itu terlalu kuat pada Subuh, memainkan lagu menerusi pembesar surau, pembinaan dinding lebih 6 kaki tanpa sokong binaan, panpan tanda surau di simpang jalan tanpa kebenaran MPSP dan pembuangan sampah dan barnag binaan ditepi jalan dan surau.

 

Aduan yang dilaporkan oleh wanita Cina yang bernama Mary Soon itu turut mendapat perhatian YB Chow Kon Yeow Adun Padang Kota, merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pulau Pinang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.