Wan Ji Wan Hussin Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

Kuala Lumpur – Seorang pendakwah Islam, Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan awal pagi tadi di bawah Akta Hasutan.

Wan Ji, 32, ditahan di kediamannya di Shah Alam sekitar 2 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam dan disahkan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Menurut sumber bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor itu di tahan di Bandar Baru Sungai Buloh dan akan didakwa pagi ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan oleh Pemuda Parti Keadilan Rakyat, PKR berkata pergerakan itu mengutuk penahanan Wan Ji.

“Kami komited untuk mendesak kerajaan mendengar suara rakyat yang menuntut agar akta itu (Akta Hasutan 1948) dikaji semula. Kami juga akan menghulurkan bantuan guaman sekiranya dia didakwa di mahkamah,” kata kenyataan yang dikeluarkan anggota pergerakan itu, Zafril Eusoff.

Wan Ji sebelum ini dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan institusi diraja.

Wan Ji 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimanapun, tuduhan khusus yang akan dibuat terhadapnya masih belum dapat dipastikan.

Terdahulu malam tadi, dia menulis posting di laman sosial Facebook mengatakan tidak sempat pulang ke rumah seharian semalam tetapi dimaklumkan mengenai kehadiran polis di luar rumahnya.

Ia diikuti posting dibuat seorang rakan Facebooknya meletakkan gambarnya dikatakan berada di dalam kenderaan polis untuk dibawa ke lokap.

Wan Ji sebelum ini pernah bercakap menentang pihak berkuasa agama negara ini dan mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Dia juga mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dan pernah disoal polis beberapa kali.

Antara lain, Wan Ji berkata Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.

“Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa saja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri.

“Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam,” katanya dalam satu temubual Februari lalu.

2 thoughts on “Wan Ji Wan Hussin Ditahan Di Bawah Akta Hasutan

  • September 11, 2014 at 11:53 am
    Permalink

    awang ni nk jadi hero kot tapi salah tempat……

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.