Saya Sayangkan Dia, Dia Tidak Mahu Lepaskan Saya – Hanez

Kuala Lumpur – Sekian lama berdiam diri, Hanez Suraya akhirnya berjaya dipujuk untuk merungkaikan status sebenar dirinya dengan kekasih, Romie Razi Adilha.

Pelbagai spekulasi mula bertebaran kebelakangan ini termasuklah yang menyifatkan hubungan pasangan ini sudah berakhir.

Malah Hanez selepas kontroversi melandanya sejak Februari lalu gara-gara dicop sebagai perosak rumah tangga orang membabitkan rumah tangga Romie dan isterinya, Nur Liyana Abdul Manan, memilih untuk tidak mencampuri kes mahkamah membabitkan pasangan suami isteri ini.

Komen Hanez  secara eksklusif.

“Saya dalam keadaan berbelah bahagi sekarang. Mungkin ada ramai yang mendoakan hubungan kami berakhir. Itu satu fakta yang ramai mahu ia jadi sebegitu. Percaya atau tidak, andai kami putus atau sebaliknya, kebarangkalian untuk saya dikecam akan terjadi. Saya reda dengan apa saja kemungkinan.

“Hingga saat ini, saya lebih selesa membiarkan kes mereka yang masih berjalan selesai. Jujur saya berharap kes mereka di mahkamah diselesaikan secara baik. Saya amat bersyukur dan gembira kalau mereka dapat berbaik semula dan bersatu kembali demi anak.

“Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah.

“Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk memutuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya. Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya,” katanya.

Tambah Hanez, Romie seperti tidak mahu melepaskannya.

“Dengan apa yang cuba dia lakukan, perasaan sayang itu kian bertambah. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya,” kata pelakon berkulit gebu itu yang kini berjinak-jinak dalam dunia perniagaan itu.

Di sisi lain, Hanez mengakui kontroversi berkenaan memakan dirinya. Ia benar-benar memusnahkan kerjaya seninya yang mekar beberapa tahun lalu. Itupun selepas lebih sedekad mencuba nasib untuk membuktikan bakat seninya kepada khalayak.

“Memang hingga saat ini tawaran berlakon untuk saya tiada langsung. Saya reda dengan apa yang terjadi. Projek terakhir saya ialah menerusi teater Projek Kahwin yang dipentaskan di Istana Budaya beberapa bulan lalu. Saya banyak memberi tumpuan untuk belajar selok belok dunia perniagaan selama tiada tawaran ini,” katanya.

Hanez kini mengusahakan pakaian kasual dan sedia dipakai, Siblinqs by HS bersama adiknya, Hanez Safira selain mengeluarkan jenama produk syampu sendiri baru-baru ini.

One thought on “Saya Sayangkan Dia, Dia Tidak Mahu Lepaskan Saya – Hanez

  • September 13, 2014 at 9:49 am
    Permalink

    Good respond in return of this matter with real arguments and describing all concerning that.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.