GST Tidak Bebankan Rakyat – Najib

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula April depan tidak akan membebankan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa sistem percukaian itu yang diguna pakai kira-kira 90 peratus negara di dunia perlu dilaksana di Malaysia bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan dan berkembang kukuh.

Beliau berkata kerajaan tidak melaksanakan sistem percukaian GST secara terburu-buru, malah ia telah dikaji kerajaan sejak 30 tahun dahulu dan yakin ia akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

“Yakinlah, saya tidak akan susahkan rakyat Malaysia. Saya sebagai pengerusi Barisan Nasional tidak akan menyusahkan rakyat kerana kerajaan berdiri atas sokongan rakyat,” katanya ketika menutup majlis Penerangan Perdana GST di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Rabu.

GST dijadual diperkenalkan April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.