Bekas Penolong Pegawai Pendidikan Dipilih Calon BN PRK Pengkalan Kubor

Tumpat – Barisan Nasional (BN) menamakan bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat, Mat Razi Mat Ail sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 Sept ini.

Pengumuman calon rasmi BN itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN PRK DUN N.01 Pengkalan Kubor di sini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata Mat Razi, 48, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Tumpat dipilih kerana beliau anak tempatan yang mempunyai banyak pengalaman dan jasa terhadap penduduk di kawasan DUN itu.

“Beliau merupakan anak tempatan di Pengkalan Kubor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Ustaz Mat Razi juga adalah pengasas sebuah pondok di Tumpat yang kita rasakan dekat di hati rakyat,” katanya ketika membuat pengumuman di hadapan kira-kira 5,000 hadirin di Pusat Operasi BN PRK DUN Pengkalan Kubor di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.