Hari Pertama Tayangan Filem ‘Hantu Kak Limah’ Catat Kutipan RM1.8 Juta

PETALING JAYA – Baru sahaja ditayangkan di pawagam, filem Hantu Kak Limah (HKL) telah melakar dua rekod tersendiri.

Filem arahan Mamat Khalid itu berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaannya pada Rabu lalu.

Kejayaan filem itu berganda apabila berjaya mendapat kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ia ditayangkan umum pada Khamis.

Kutipan tersebut sekali gus merekodkan HKL sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.

Hantu Kak Limah dibarisan pelakon terkenal seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May dan ramai lagi.

Malah, pelakon Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz turut muncul sebagai penampilan istimewa.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini boleh ditonton di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Manakala, di Singapura bermula hujung minggu ini. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.