Wanita Nasihat Pengguna Jangan Letak Kaki Di ‘Dashboard’ Kereta

Wanita yang menghadapi kemalangan ketika meletakkan kaki di dashboard kereta menasihatkan pengguna lain supaya tidak melakukan perkara yang sama.

Menurut AFP, Audra Tatum berkongsikan pengalamannya sebelum kemalangan dimana dia duduk di kerusi penumpang kereta, dan akan bersandar dan merehatkan kakinya di atas ‘dashboard’ setiap kali masuk ke kereta di bahagian tempat duduk penumpang.

Terdahulu, suaminya sering memberi amaran kepadanya tentang tabiat berbahaya, tetapi Tatum tidak peduli dan berasa sangat selesa.

“Suami saya selalu memberitahu saya, ‘kamu akan mendapat kecemasan suatu hari nanti kerana ia akan mematahkan kaki kamu.”katanya.

Kemudian Tatum menjawab “Saya akan meletakkan kaki saya (di bawah)”.

Namun, dua tahun lalu, pada 2 Ogos 2015, perspektif Tatum berubah sepenuhnya.

Pasangan itu menuju ke rumah ibu bapanya kira-kira 4 batu untuk untuk mengambil kedua anaknya namun berlaku kemalangan menyebabkan kesan teruk berlaku kepadanya.

“Beg udara itu terbuka dan memecahkan hidung saya,” jelas Tatum.

“Saya melihat kaki saya menghadap ke arah saya,”katanya yang berkongsi kisahnya untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meletakkan kaki mereka di dashboard.

Kaki, tulang paha dan lengan Tatum patah daripada kesan kemalangan itu.

Tatum menjalani beberapa pembedahan dan pada setiap minggu membuat terapi fizikal.

Pemulihan itu mengambil masa lebih sebulan baginya untuk berjalan semula.

Dua tahun kemudian, dia masih menghadapi halangan.

“Saya tidak boleh melakukan kerjayanya sebagai EMS, saya tidak dapat mengangkat pesakit lagi,” jelasnya. “Saya tidak dapat bertahan lebih daripada 4 jam pada satu masa.

“Kini, saya akan terus memberitahu semua orang, bahawa anda tidak perlu menjalani kesakitan seperti ini dalam hidup ini,” katanya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.