Video : Peminat Puji Cara Mudah Tutorial Noorkhiriah Hilangkan Blackhead

Pelakon Noorkhiriah yang membuat perkongsian tutorial blakhead mendapat pujian pengikut di laman Instagramnya.

Perbezaan kulitnya yang semakin cerah dan tidak kusam menambah keyakinan pengikutnya untuk melihat hasilnya dengan mengikuti kaedah yang dilakukan pelakon yang menginjak usia 41 tahun itu.

Norkhiriah yang berkongsi rahsia, memberikan tips bagaimana untuk menghilangkan blackhead dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di rumah sahaja.

Video yang berdurasi beberapa minit itu dimuat naik Khiriah itu ditonton lebih 43 ribu kali, dan pelbagai komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan loghat yang digunakan Khiriah ketika bercakap dalam video tersebut.

“Blackhead, whitehead semacam head dekat hidung hanya pakai garam dengan ubat gigi. Jangan tanya boleh satu muka boleh ke tak, sebab koi tak penah buat. Hidung aje, yang lain ikut dema la yerk. Yang penting saya buat tak pedih dan tak rasa apa-apa pun.

“Selamat mencuba..yg penting memang berkesan, jimat. InsyaAllah ada hasilnya. Apa ubat gigi pun boleh digunakan, jadi tidak kisah la jenama apa sekalipun. Assalamualaikum!”tulis khirian menerusi kapsyen video tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.