Pokemon GO Atau Aplikasi Lain Ketika Memandu Tetap Salah – JPJ

SUNGAI PETANI – Setiap pengguna jalan raya yang bermain Pokemon Go atau menggunakan apa jua aplikasi termasuk sistem pengesan global (GPS) di telefon bimbit sehingga menyebabkan mereka hilang kawalan, tetap dianggap melakukan kesalahan biar pun tidak memegang gajet tersebut.

 

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk V. Valluvan berkata, perkara termaktub dalam undang-undang di bawah Kaedah 17 A, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

 

“Kalau letak di depan dan pemandu terlalu asyik dengan aplikasi tersebut, itu tidak betul.

 

“Undang-undang tidak menyatakan Pokemon Go, Waze atau apa-apa aplikasi. Tetapi disebut bahawa pemandu mesti mempunyai kawalan terhadap kenderaan dan keduanya tidak boleh menggunakan telefon bimbit,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.