Dua Beranak Buka Ladang Ketum Ditahan Polis

JEMPOL – Dua beranak ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan penanaman daun ketum di kawasan tanah rizab Felda dekat Lui Selatan, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

 

 

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor (gambar) berkata, kedua-duanya ditahan ketika berada di ladang tersebut.

 

 

“Daun itu ditanam di tanah seluas 0.2 hektar. Terdapat 500 pokok ketum daripada jenis ketum jambu dan ketum merah.

 

 

“Mereka juga dipercayai memproses daun tersebut di dalam kawasan itu. Turut ditemui semasa serbuan adalah periuk dan ubat batuk katanya selepas mengetuai operasi di kawasan berkenaan.

 

 

Jelasnya, mereka disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.