Video: Sokong Liverpool Macam Sokong PAS

Kuala Lumpur – “Maaflah, menyokong Liverpool seolah-olah menyokong PAS, mereka tidak akan menang.”

 

Itu kata-kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam video sepanjang 15 minit yang dimuat naik di Facebook.

 

 

Dalam video berkenaan, Khairy membandingkan pasukan bola sepak Liverpool dengan PAS kerana kedua-dua entiti itu, menurut beliau, tidak akan pernah menang.

 

Kenyataan itu diikuti oleh tepukan gemuruh daripada hadirin.

 

Namun, kenyataan Khairy mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

 

“Jangan pandang rendah pada orang… anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan!!!” komen Eya Zahira.

 

“Ya saya peminat Liverpool,” kata Amuiru Firdaus pula.

 

Video berkenaan mendapat lebih 500 likes dan dikongsi lebih 300 kali dalam masa setengah jam ia dimuat naik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.