Ustazah Mengarut!

Kuala Lumpur – Kepakaran seorang Ustazah dipersoalkan apabila netizens mempermaikan `teori saintifik’ yang diumumkan bahawa bahawa susu lembu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi.

 

Fatimah Syarha, hos rancangan bual bicara yang memenuhi citarasa wanita Islam, Fiqh Wanita TV3 pada Jumaat lalu, membincangkan mengenai kepentingan penyusuan susu ibu.

 

Ketika membincangkan mengenai kepentingan susu ibu dalam perkembangan kanak-kanak, ustazah berkenaan membuat kenyataan yang membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen.

 

Dalam program berkenaan, Fatimah mendakwa susu lembu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi, kerana mereka mungkin `menyerap’ DNA lembap yang terkandung dalam susu berkenaan.

 

Hos program itu menjelaskan bahawa kanak-kanak yang kerap diberikan susu formula berkemungkinan akhlak bayi akan dipengaruhi atau berkaitan dengan dengan haiwan terbabit.

 

“Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah,” katanya yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

 

Dakwaan itu membuatkan Fatimah ditertawakan pengguna media sosial yang mempertikaikan kekurangan bukti saintifik bagi menyokong teori yang dibuat, selain memperlekehkan reputasinya sebagai pendidik.

 

Dengan mensasarkan secara terus komen mereka terhadap laman Facebook rasmi program televisyen terbabit, netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap maklumat yang disampaikan program berkenaan.

 

Pengguna Facebook, Adila Musa Idris dalam komennya berkata: “Saya rasa agak musykil dengan kekurangan fakta sains ustazah. Tak boleh nak membabi buta je buat cerita. Mana buktinya?”

 

Manakala, pengguna Facebook, Siti Amiranah berkata: “Sekalipun apa yang ustazah katakana mengenai kepentingan susu ibu itu betul, saya tidak setuju dengan kenyataan bahawa susu lembu boleh menyebabkan kerosakan otak.

 

“Mengarut ni, dah berzaman dah orang-orang bagi anak minum susu binatang.”

 

Pengguna Facebook lain, Mariani Mohd Azlan berkata, fakta yang diberikan oleh host adalah salah dan menimbulkan kekeliruan kepada penonton terutama ibu muda.

 

“Saya minta TV3 dan ustazah untuk memperbetulkan info (maklumat) tentang perkara ini, sekurang-kurangnya kena ada fakta sains yang betul dalam cerita macam ni.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.