Tangkis Serangan Alam Maya – MB Terengganu

Kuala Lumpur – Anggota Umno sekali lagi diseru bergerak secara agresif bagi menangkis pelbagai serangan kepada parti dan pemimpinnya di alam maya.

 

Menggesa demikian, pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (gambar) berkata penggerak media baru dalam Umno ini perlu aktif semula berikutan senario hari ini di mana banyak fitnah disebarkan di media sosial yang boleh mempengaruhi rakyat.

 

Bercakap kepada pemberita di Majlis Hari Raya Badan Perhubungan Umno negeri di Kuala Terengganu hari ini, menteri besar Terengganu itu berkata di peringkat negeri pihaknya sudah bersedia menangkis pelbagai persepsi negatif terhadap parti, termasuk mengadakan bengkel kepada kumpulan media baru dalam Umno.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebelum ini berkata Umno perlu menangkis persepsi negatif terhadap parti di media sosial memandangkan pembentukan minda masyarakat hari ini banyak bergantung kepada persepsi berbanding realiti. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.