Pesara Guru Maut Ditembak Jarak Jauh, Peluru Tembus Kepala

Kuala Terengganu – Seorang pesara guru maut dipercayai terkena tembakan dari jarak jauh dalam kejadian di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin di sini pada kira-kira pukul 7.15 pagi semalam.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian, pihaknya tidak menjumpai apa-apa kesan termasuk kelonsong peluru.

 

“Siasatan menyeluruh berhubung kejadian ini sedang dijalankan dan kita menyiasat dari setiap sudut termasuk personaliti, projek yang dijalankan dan sebagainya.

 

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mempuyai musuh,” katanya kepada pemberita di sini.

 

Mangsa, 56, bersara sebagai guru Mei lepas, dan membuat kerja sambilan sebagai kontraktor binaan.

 

Idris berkata pihaknya turut merampas dua telefon bimbit milik mangsa bagi membantu siasatan.

 

Sementara itu, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah menunjukkan punca kematian adalah akibat ditembak dari jarak jauh.

 

Sebutir peluru ditemui menembusi kepala mangsa. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.