PAS Setuju Cadangan PM, Sedia Umum Sumber Dana Politik

PAS tidak ada masalah untuk mengisytiharakn sumber dana yang diperolehi seperti yang dicadangkan Perdana Menteri, jelas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

 

Beliau berkata hal ini kerana parti tersebut tidak ada sebarang perkara yang perlu disembunyikan daripada umum dan menyatakan PAS sememangnya telus dalam mentadbir mana-mana negeri di bawah pemerintahannya.

 

“Kami PAS tidak ada masalah untuk kemukakan sumber-sumber sumbangan dana kepada parti dan sememangnya adalah amalan kita di mana dana kita perolehi daripada ahli parti, buat ceramah lancarkan derma, dan malam yang sama kita akan umumkan dan akan dimasukkan ke dalam akaun parti.

 

“Kita memang telus, tidak ada apa yang disorokkan, jadi kita menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my, Isnin.

 

Najib sebelum ini mencadangkan semula pengwujudan peraturan yang menghendaki parti politik mendedahkan senarai punca dana politik yang diterima mereka.

 

Nasrudin turut mengulas respon pembangkang yang menyifatkan cadangan Najib itu adalah suatu perkara yang negatif.

 

“Saya tak faham kenapa ada sesetengah pihak pembangkang yang tidak menyambut baik cadangan tersebut, isytihar sahajalah seperti yang dicadangkan, baru rakyat akan nampak tidak ada benda yang kita sembunyikan tentang dana ni,” tambahnya.

 

Pun begitu, terpulang kepada masing-masing sama ada untuk mengisytihar dana setiap parti mahupun tidak selagi belum wujud peraturan berbuat demikian.

 

Sebelum ini, Nurul Izzah Anwar menerusi Whatsapp kepada BNBBC.my berkata cadangan Perdana Menteri itu adalah cubaan untuk elak pertanggungjawaban sendiri untuk bersikap lebih telus. – BNBBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.