Naik Taraf Kompleks Sukan Bukit Jalil Libatkan Lebih RM1b – Khairy

KUALA LUMPUR – Kerja naik taraf dan pembinaan kemudahan baharu di Kompleks Sukan Bukit Jalil menjelang penganjuran temasya Sukan SEA 2017 akan melibatkan perbelanjaan lebih RM1 bilion.

 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, projek pembangunan semula itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas penganjuran temasya dwitahunan itu.

 

Menurut Khairy, kerja naik taraf akan melibatkan Stadium Putra, Stadium Nasional, pusat akuatik, stadium hoki, asrama atlet selain turut membina beberapa kemudahan baharu di sekitar Bukit Jalil.

 

“Jumlah RM1 bilion ini melibatkan dua fasa yang akan merangkumi pembinaan kemudahan baharu dan kerja naik taraf untuk stadium sedia ada.

 

“Kita akan bina satu pusat konvensyen tertutup yang baharu sebab satu stadium tertutup tidak cukup. Ia akan dibina di tapak letak kereta di depan stadium utama,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Hari Raya Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Putra di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.