Model Sambilan Waras, Boleh Dibicarakan – Mahkamah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini dimaklumkan keadaan mental model sambilan, Persana Avril Sollunda, yang berdepan tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam dekat Jalan Petaling, adalah waras dan boleh dibicarakan.

 

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Noor, ketika membaca laporan pemeriksaan mental Persana, bagaimanapun memaklumkan ketika kejadian keadaan mental tertuduh adalah tidak stabil.

 

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan tiga hari, bermula 11 November ini untuk perbicaraan kes tertuduh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.