Liverpool Raih Mata Penuh, Atasi Stoke City

LONDON – Liverpool meraih mata penuh selepas menewaskan Stoke City, 1-0 dalam saingan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Britannia, sebentar tadi.

 

Jaringan tunggal dan kemenangan pasukan bimbingan Brendan Rodgers itu diperoleh menerusi pemain Brazil, Philippe Coutinho pada minit ke-86.

 

Kemenangan itu juga sekali gus berjaya melunaskan dendam skuad The Reds yang sebelum ini dibelasah 6-1 oleh pasukan bimbingan Mark Hughes itu dalam saingan EPL musim lalu.

 

Dalam aksi malam tadi, Liverpool menurunkan empat bintang baharunya termasuk Christian Benteke dalam kesebelasan utama selain memasukkan bintang Brazil, Roberto Firmino pada babak kedua perlawanan.

 

LIVERPOOL Simon Mignolet, Joseph Gomez, Martin Skrtel, Dejan Lovren, Nathaniel Clyne, Jordon Ibe, James Milner, Adam Lallana, Jordan Henderson, Philippe Coutinho, Christian Benteke

 

STOKE CITY Jack Butland, Glen Johnson, Erik Pieters, Geoff Cameron, Marc Muniesa, Marco Van Ginkel,Jonathan Walters, Charlie Adam, Ibrahim Afellay, Glenn Whelan, Mame Biram Diouf – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.