Lelaki Miang Ditangkap, Ambil Gambar Seluar Dalam Wanita

Kuala Lumpur – Seorang lelaki berjaya diberkas ketika cuba merakamkan gambar dari bawah seorang wanita yang memakai skirt pendek ketika menaiki eskalator di sebuah kompleks membeli belah, MidValley di sini.

 

Ketika kejadian, mangsa Chong Xi Yin bersama teman lelakinya menaiki eskalator apabila tiba di tingkat dua, teman lelakinya menyedari seorang lelaki yang berdiri di belakang Chong cuba mengambil gambar tidak senonoh pada kejadian kira-kira jam 6.10 petang semalam.

 

Lelaki itu dikatakan membongkokkan lutut 90 darjah, dan meletakkan telefon bimbitnya itu di atas lutut untuk mengambil gambar ‘upskirt’ mangsanya yang berdiri di tangga eskalator di hadapannya.

 

Teman lelaki wanita itu bertanya kepada lelaki tersebut apa yang dia lakukan. Sebaliknya lelaki itu berkata dia akan memadamkan gambar yang dirakamnya dan berjanji akan berubah.

 

Tidak berpuas hati dengan jawaban lelaki itu, teman lelakinya terus menangkap lelaki terbabit dengan bantuan orang ramai dan membawanya ke pejabat keselamatan pusat beli belah itu.

 

Menurut Chong, ketika mereka memeriksa telefon bimbit lelaki berkenaan, mereka dapati terdapat banyak gambar tidak senonoh ‘upskirt’ wanita termasuk beberapa video.

 

Laporan polis juga dibuat di Balai Polis Brickfields pada hari sama kejadian berlaku. Suspek ditahan reman sehingga Selasa ini.

 

Menurut Chong lagi, lelaki itu merasakan perbuatannya itu tidak salah dan berkata: “Saya tidak buat perkara salah. Saya cuma ambil gambar untuk keseronokan sendiri.”

 

Chong turut mengingatkan wanita di pusat beli belah supaya lebih berhati-hati ketika menaiki eskalator dan memerhatikan sekeliling mereka.

 

“Saya juga percaya saya bukan mangsa terakhirnya. Jadi, wanita perlu berhati-hati,” katanya dalam posting di laman Facebook miliknya yang telah dikongsi lebih 14,000 kali.

 

Posting beliau turut dikongsi di laman web www.worldofbuzz.com dan telah dikongsi 636 kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.