Kami Gembira, Terima Kasih KSN – SPRM

Kuala Lumpur – Langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengeluarkan arahan membatalkan pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disambut baik oleh warga suruhanjaya bebas itu.

 

Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, keputusan itu tindakan baik dan sangat wajar.

 

“SPRM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal serta semua pihak yang terlibat dalam hal berkenaan.

 

“SPRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan bebas, telus dan profesional sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009 dan Aspirasi SPRM,” katanya.

 

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada Isnin membatalkan arahan perpindahan Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob ke JPM.

 

Kedua-duanya sepatutnya melaporkan diri di JPM pada Isnin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.