Jurujual Telefon Di Plaza Low Yat Didapati Bersalah, Didenda

KUALA LUMPUR – Tiga jurujual telefon bimbit masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah atas pertuduhan mencederakan penganggur dalam satu insiden di Plaza Low Yat, bulan lalu.

 

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29; Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26.

 

Mereka turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

 

Berita berkaitan;-

Dalang Rusuhan Di Plaza Low Yat Diburu – KPN

18 Ditahan, Tujuh Cedera Terlibat Rusuhan Di Plaza Low Yat

Bukan Isu Curi, Tapi Gengsterisme Pendorong Utama Rusuhan Low Yat

 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Tingkat G, Plaza Low Yat, dekat sini pada 4.57 petang, 11 Julai lalu.

 

Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.