Video: KEJAM! Rakaman Pembunuh Beramai-Ramai

Baghdad (Iraq) -Puak pelampau Sunni baru-baru ini mendedahkan rakaman video yang memaparkan sekumpulan askar Iraq yang ditangkap dan kemudiannya dibunuh.

Pelbagai gambar yang mengerikan turut dimuatnaik melalui akaun twitter Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Antaranya sekumpulan lelaki yang dibaringkan diatas tanah dengan tangan yang terikat di belakang. Malah terdapat juga visual yang memaparkan mereka dalam keadaan yang luka parah kerana ditembak dari jarak dekat.

Rakaman tersebut turut memaparkan sekumpulan lelaki yang telah ditahan, dimasukkan ke dalam trak pengangkut dan dibawa ke suatu tempat untuk di bunuh.

Walau bagaimanapun pihak ISIL tidak memberikan sebarang tarikh dan tempat kejadian pembunuh itu dilakukan.

Namun menurut jurucakap Ketua pemerintah tentera, Leftenan Jeneral Qassim al-Maussawi kejadian tersebut berlaku di daerah Salahudddin, utara Baghdad.

Beliau sebelum ini turut mengesahkan, semua visual tersebut adalah sahih dan ia dilakukan oleh kumpulan ISIL.

“Pemeriksaan imej dari kalangan tentera mengesahkan, kira-kira 1,700 askar berpakaian awam ditembak mati oleh ISIL di beberapa lokasi berlainan,” katanya.

Menurutnya, melalui gambar dan visual yang diterima, ISIL mengaku pembunuhan itu dilakukan sebagai membalas dendam pembunuhan Komander ISIL, Abdul-Rahman al-Beilawy.

Sementara itu, Qassim juga mengesahkan sekurang-kurangnya 300 ahli kumpulan ISIL terbunuh dalam pertempuran di Tal Afar sebelum ini.

Sehingga kini dianggarkan lebih 3,000 maut sepanjang operasi menawan wilayah Mosul, Tikrit, Nineveh, Kirkuk dan Saleheddin.

Pertempuran dilaporkan semakin meningkat dan bakal meningkatkan angka kematian dan jutaan penduduk menjadi pelarian.

Susulan itu, Perdana Menteri Nouri Al-Maliki sebelum ini turut berikrar untuk membebaskan wilayah yang ditawan dan menahan semua kumpulan terbabit.

Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay baru-baru ini memberi amaran, ISIL dijangka membunuh semua golongan tidak kira lelaki, wanita atau kanak-kanak sama seperti  apa yang berlaku di Syria.

Pillay berkata, sejak Khamis lalu, ribuan penduduk terpaksa berjalan kaki beratus kilometer untuk mencari perlindungan.

“Laporan awal diterima seramai 300 orang awam maut termasuk wanita dan kanak-kanak di Mosul. Ia berpunca daripada serangan, kekurangan air dan pesakit kronik,” katanya.

Menurutnya lagi, peningkatan kematian juga berlaku selepas serangan disasarkan di sebuah sekolah dengan 20 kematian dicatatkan.

Selain itu, serangan turut berlaku di hospital menyebabkan 50 maut dan di Lapangan Terbang Mosul menyebabkan 30 maut.

“Mosul lumpuh. Operasi pengangkutan terhenti. Kedai yang masih menjalankan perniagaan menaikkan harga. Jika keadaan ini berterusan, ramai penduduk akan menderita terutama ketika Ramadan,” katanya. – Agensi

8 thoughts on “Video: KEJAM! Rakaman Pembunuh Beramai-Ramai

  • August 10, 2014 at 11:22 am
    Permalink

    Entahh la…pening kepala aku ni…
    Sape kita nak sokong sebenarnya? Yg pelakunya org Sunni yg selama ni kita sokong dan sealiran fahaman dgn kita…dan mangsa pula org2 syiah, yazidi dan kristien yg selama ini menindas umat islam sunni…tetapi kekejaman ini kita mmg tentang sekeras2nya walau siapa pelakunya…

    Mmg dah Org arab ni mcm ni perangai diorg agaknya..

    Reply
  • August 10, 2014 at 12:48 pm
    Permalink

    Fitnah akhir zaman….kalau betul2 pejuang islam takkan buat macam ni…

    Reply
  • August 10, 2014 at 2:52 pm
    Permalink

    yg kena bunuh tu askar israel la…..
    menyamar jd penduduk tempatan.

    bagi fakta yg sahih sebelum sebar
    jgn bagi fakta ikut suka hati

    Reply
  • August 10, 2014 at 3:48 pm
    Permalink

    Admin jgn sebar fitnah kaji dl sebelum post…jgn nk pikirkan ramai org lawat blog je….الفتنة اشد من القتل

    Reply
  • August 10, 2014 at 8:53 pm
    Permalink

    Puak syiah yg sblum ni bunuh,rogol anak perempuan,isteri dpn mata suami dan keluarga org sunni sudh cukup mngatakan ‘keganasan’ ini sdh memadai mnggantikan keseksaan ahli sunnah wal jamaah.

    Reply
  • August 11, 2014 at 12:17 am
    Permalink

    diorg kejam dengan askar shj. klau askar syiah kejam dgn kanak2 , wanita dan org tua. mereka dpt balasan ats apa yg mreka buat.

    Reply
  • August 11, 2014 at 9:31 am
    Permalink

    Mereka marah anak2 di syria di sembelih olh shiah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.