Skuad Bola Kebangsaan: Dolah Salleh Akan Buat Perubahan Drastik

Kuala Lumpur – Jurulatih negara Dollah Salleh dikatakan akan melakukan perubahan drastik dalam skuad bola sepak kebangsaan.

Beliau nyata tidak gembira dengan aksi pemain pilihannya di Dushanbe menentang Tajikistan pada Jumaat lepas.

Ternyata Dollah perlu melakukan perubahan drastik selepas melihat skuad bimbingannya kalah teruk 4-1 kepada Tajikistan sekali gus permulaan buruk dalam kariernya selaku jurulatih kebangsaan.

Dollah tidak akan hanya menumpukan kepada nama nama baru yang sedang meningkat naik, malahan beberapa nama pemain senior turut berada dalam fikirannya termasuk kelibat Indra Putra Mahyuddin, Hairuddin Omar mahupun Shukor Adan.

Namun segalanya bergantung kepada prestasi semasa terutama pada saingan Piala Malaysia yang bermula Rabu ini.

Bagi Dollah sesiapa sahaja mampu berada dalam skuad negara andai mereka mampu membuktikan mereka layak menyarung jersi kebangsaan ketika umur diletakkan sebagai kriteria kedua.

Aksi di Dushabe pada Jumaat gagal menghadirkan langkah kanan untuk skuad negara ketika Malaysia semakin kesuntukan masa untuk persediaan menghadapi saingan Piala AFF hujung tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.